Rendang Ayam

 Wednesday, July 29, 2009  

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong ikut suka
4-5 cawan santan
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 inci lengkuas*
* dikisar halus
Rempah penumis 4 sekawan (3 kuntum bunga cengkih, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji pelaga& 1 btg kulit kayu manis)
3 batang serai ~ diketuk
4 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kerisik
1 sudu kecil serbuk kunyit
1-2 keping asam keping/gelugur
Garam dan sedikit gula
Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyedaiaan:
1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Panaskan minyak dan tumiskan rempah 4 sekawan sehingga harum.
2. Masukkan bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan pula cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.
3. Masukkan serai, asam keping dan ayam. Masak sehingga ayam kecut.
4. Kemudian masukan santan, kerisik dan serbuk kunyit, kacau rata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak, pekat dan agak kering.
6. Jika mahu rendang basah, bolehlah matikan api dan jika suka kering, masak lagi hingga kering.
Rendang Ayam 4.5 5 Mohd Adha Mohd Zain Wednesday, July 29, 2009 Bahan-bahan: 1 ekor ayam ~ potong ikut suka 4-5 cawan santan 2 biji bawang besar* 5 ulas bawang putih* 1 1/2 inci halia* 1 inci lengkuas* * ...


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2008 - RESEPI MALAYSIA. All Rights Reserved. Theme by CB Design