Enjoy cooking
Browse through over
650,000 tasty recipes.
Home » , , , » Masakan Pelbagai Etnik dalam Sneakers Merah Jambu

Masakan Pelbagai Etnik dalam Sneakers Merah Jambu

Written By MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) on Wednesday, July 5, 2017 | Wednesday, July 05, 2017



Bersama pengacara Amira Aman mengembara ke 13 destinasi berbeza di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia menjejaki keunikan yang terdapat dalam setiap makanan pada etnik tertentu dalam program travelog terbaharu bertajuk “Sneakers Merah Jambu”.

Menariknya program 13 episod yang bersiaran mulai 3 Julai 2017, setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.30 tengah hari di TV1 turut mengetengahkan budaya kesenian warisan yang diamalkan oleh etnik tersebut serta tempat-tempat menarik yang terdapat di situ.

Amira akan merasai pelbagai jenis makanan serta cuba memasak masakan etnik yang dijejaki. Malah kesempatan yang ada turut digunakan untuk mengenali aktiviti seni dan budaya etnik yang belum pernah dijelajahi ini.

Perjalanan pengembaraan Sneakers Merah Jambu bermula dengan mengunjungi etnik Melayu Kelantan di Kota Bharu, Kelantan cuba merasa makanan etnik setempat seperti nasi ulam cikgu, dan nasi air dingin. Di sini pengacara cuba memasak nasi tumpang, kuih koleh dan tahi minyak selain mencuba kesenian kertok dan silat tari. Di negeri sama turut menyinggahi kawasan di Tumpat, Kelantan mendekati etnik Siam Kelantan sama-sama cuba merasa mee chamboll, miang kam, laksa siam, pulut mangga, dan somtam. Resipi dicuba iaitu pucuk kilek, dan kuih khunti juga berlatih tarian menora.

Di Terngganu kawasan dikunjungi iaitu Kampung Pasir Gajah, Kemaman merasa otak-otak, satar, keropok lekor juga memasak kerutuk otak lembu, sayur batang keladi, kuih koleh lemak juga nyanyian lagu rakyat Terengganu. Di Kemaman juga singgah di Sungai Pergam, Kemaman mendekati Orang Asli Semaq Beri sama-sama memasak dan merasa ubi rebus buluh dan ubi bakar dan ayam ubi rebus buluh dan belajar tarian sewang.

Di Kuala Tahan, Jerantut, Pahang pengacara cuba merasa tempoyak ikan lampam memasak sambal asam rom, gulai asam rom, bubur jinak juga belajar mengikuti tarian piring.

Dua tempat menarik di Johor disampaikan dalam dua tajuk berbeza. Satu di Pontian, Johor mendekati kaum Bugis juga merasa makanan coto makkasar, ayam masak likku, bahulu pecak, dan bejabuk juga memasak burasak, dan lepat lueh, dan pelajati teknik tarian paduppa bosara. Satu lagi di Batu Pahat, Johor Jawa. Di sini penmgacara berpeluang merasa kuih abuk-abuk, nasi ambeng, lepat pisang, tempe dan tahu bersama sambal kicap, gulai pisang kapas, urap, juga memasak botok-botok, kuih tiwul, dan bubur som-som. Turut dikongsikan limu tarian kuda kepang.

Begitu juga keterujaan semasa di Melaka singgah di Tengkera, Melaka Baba mendekati kaum nyonya merasa kangkung kobis masak titik lemak, dan itik tim memasak. Kuih ku dan ayam pongteh tarian joget lambak dan trilalila. Di Melaka juga turut menarik tumpuan kawasan Kampung Gajah Berang, Melaka bersama kaum Chetti. Pengacara merasa sambal timun, sambal belacan, ulam-ulaman, kangkung goreng belacan, dan cencaluk. Mereka meluangkan masa memasak asam pedas chetti, ikan parang masak pindang hiris, pulut tekan tarian joget dan seloka chetti.

Di Jelebu, Negeri Sembilan tak kurang lengkapnya mencuba rasa masakan kaum Minang. Mereka turut meluangkan masa merasa sambal gesek, bende bercili, daging salai lemak cili api, sambal belado, sayur petola masak lemak, rendang minang dan pulut kuning. memasak menu jangat masak lemak cili api, sambal perut lembu, dan tempoyak daun kayu. Kesenian tumbuk kalang.

Kunjungan ke Sungai Choh, Selangor berkenalan dengan kaum Bengkulu. Turut dicuba resipi bebotok, ikan cuka, nangka masak lemak, tahu masak kicap, dan sambal ikan bilis. Segmen memasak pula dilengkapkan dengan ubi gatang tumis bersantan, bebokol, tart bengkulukesenian rebana bengkulu dan marhaban.

Terkenal dengan kaum Jawa, ikuti lawatan ke Tanjung Karang, Selangor merasa lontong, apam balik cheese juga memasak sambal tahun, kuih lemper. Mereka mengajarkan permainan alat muzik kesenian cempuling.

Ketika di Bagan Serai, Perak, ikuti perjalanan hidup Banjar berkongsi resipi juadah kuih balung ayam, murtabak nangka, wadik, dadar gulung juga sama-sama memasak hampapai, wadai kepeng, dan kuih kalakatar. Nyanyian pukong pula dipilih menghiburkan penonton yang ada.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online Myklik : http://myklik.rtm.gov.my
SHARE

About MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN)

0 Comments :

Post a Comment