Sup Ayam

 Wednesday, July 29, 2009  

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ buang kulit dan potong ikut suka
1 biji bawang besar ~ tumbuk
2 ulas bawang putih ~ di ketuk & dicincang
1 inci halia ~ di ketuk
1 batang lobak merah ~ sy potong memanjang
2 biji ubi kentang ~ potong 4
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

Cara penyediaan:
1. Bersihkan ayam dan toskan. Panaskan periuk, tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang merah.
2. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.
3. Kemudian masukkan air dan biarkan sup menggelegak.
4. Masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan garam secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
Sup Ayam 4.5 5 Mohd Adha Mohd Zain Wednesday, July 29, 2009 Bahan-bahan: 1 ekor ayam ~ buang kulit dan potong ikut suka 1 biji bawang besar ~ tumbuk 2 ulas bawang putih ~ di ketuk & dicincang 1 in...


No comments:

Post a Comment

Copyright © 2008 - RESEPI MALAYSIA. All Rights Reserved. Theme by CB Design