search here and find more articles


Wednesday, July 29, 2009

Ayam Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 liter santan cair
1 cawan santan pekat(pati santan)
2 keping asam gelugur
2 batang serai ~ dititik
2-3 helai daun limau purut(optional )
Garam dan sedikit gula.

Bahan kisar:
5 biji cili padi (nak pedas leh tambah lagi )
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras (optional)

Cara penyediaan:
1. Masukkan ayam bersama serai, asam gelugur dan bahan2 kisar ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga ayam kecut.
2. Tuangkan santan cair.
3. Bila mendidih, tambahkan santan pekat, daun limau purut dan letaklah garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
Rasa dan jika ok boleh matikan api dan bolehlah dihidangkan...

* Bagi yg ingin menjaga kesihatan, gantikan santan dgn susu segar. Dan kalau suka bolehlah ditambah sedikit kentang.

3 comments

click to leave a comment!

January 2, 2010 at 8:23 PM Delete comments

Aslkm,hai,salam ziarah,nice blogging,tapi nak ajak/please visit blog terbaru ni http://metroskandal.blogspot.com ,n jgn lupe linkkn blog ni,ok bye

Reply
avatar
January 26, 2010 at 3:31 PM Delete comments

Anda remaja ? jom ke blog remaja terkini sekarang http://ohremaja.blogspot.com

Reply
avatar
March 21, 2010 at 1:54 PM Delete comments

Salam ziarah.Merdeka!Merdeka!Merdeka!merDAYka ? Nak tahu klik sini sekarang http://merdayka.blogspot.com

Reply
avatar